Penterjemah Bahasa - Melayu ke English
(Automatik Translator - Malay to English)
Saya telah menghasilkan sebuah perisian untuk menterjemah teks-teks dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris.
Ianya amat mudah untuk digunakan. Anda hanya perlu menekan butang 'Translate' yang disediakan dan semua teks-teks dalam bahasa Melayu akan ditukar satu persatu ke bahasa Inggeris secara automatik. Malah perkataan-perkataan itu juga akan disusun semula.
Walaupun ketepatan terjemahannya tidak mencapai tahap 100% tetapi ianya akan memudahkan kerja-kerja penterjemahan anda.
Harga perisian tersebut RM60.
Bayaran boleh dibuat ke akaun Maybank bernombor 112183183268.
Nama: Khairul Affendi
Setelah bayaran dibuat, saya akan menghantar 'installer' perisian penterjemah bahasa tersebut ke emel anda.
Anda boleh muatturun(download) perisian tersebut menerusi 'attachment' di emel anda.
Percubaan
Anda juga boleh datang ke kawasan perumahan saya di Taman Equine, Putra Permai untuk mencuba terlebih dahulu perisian ni supaya lebih yakin dengan kemampuannya. Sila telefon terlebih dahulu. Nombor telefon: 013-2548025. Anda juga boleh emel saya di alamat fnd1@hotmail.com.
Alamat Rumah: B6-1-2, Jalan Putra Permai 2, Taman Equine, 43300 Bandar Putra Permai, Selangor.
Perisian ini sesuai digunakan oleh sesiapa saja sama ada para pelajar atau kakitangan pejabat yang ingin menterjemahkan karangan, esei atau laporan mereka ke bahasa inggeris. Anda hanya perlu taip karangan anda menggunakan perisian ini dan setelah selesai, tekan butang 'Translate'. Tetingkap baru akan muncul, siap dengan terjemahannya dalam bahasa inggeris. Anda juga boleh 'edit' semula hasil terjemahan ini.
Perisian ini juga sesuai untuk orang luar yang tidak memahami Bahasa Melayu (Bahasa Malaysia). Mereka boleh 'Copy & Paste' teks-teks dalam bahasa melayu dan akan dapat memahami hasil terjemahan teks tersebut dengan mudah.
Saya lebih suka sekiranya anda mencuba terlebih dahulu perisian ini sebelum membuat keputusan untuk membelinya.
Kelebihan
Perisian ini dijalankan secara luar talian (offline).Maksudnya anda tidak perlukan sambungan ke internet untuk menggunakan perisian ini. Dengan itu dokumen atau maklumat yang ingin diterjemahkan lebih bersifat peribadi (privacy) sebab tiada sebarang teks yang dihantar keluar.
Lebih dari 1000 patah perkataan boleh diterjemahkan sekaligus dalam satu masa.
Anda juga boleh menambah 'nama-nama khas' di senarai terjemahan pengkalan data (database).
Contohnya, anda boleh masukkan Pulau Pinang untuk ditukar ke 'Penang' atau 'Penang Island'.
Atau mengekalkan nama 'Nasi Lemak'. Nama-nama asid juga boleh dimasukkan. Ini semua boleh dilakukan dengan menggunakan 'Database Editor' untuk mempertingkatkan lagi kemampuan penterjemah bahasa ini.
Selain dari itu, proses kemas kini (update) akan diberi secara percuma selama setahun bermula dari tarikh pembelian.
Penerangan Seterusnya