PENGGUNAAN PENTERJEMAH BAHASA
Perisian penterjemah bahasa ini hadir dalam bentuk 'installer'.
Jadi anda perlu install terlebih dahulu perisian ini di komputer untuk menggunakannya.
Ikon pintasan akan diletakkan di 'Desktop' dan di menu 'Start' setelah proses pemasangan (installation) selesai.
Apabila anda membuka perisian ini untuk kali yang pertama, paparan tetingkap seperti di bawah akan kelihatan.
Anda perlu masukkan nombor kekunci di tetingkap ini. Nombor kekunci akan diberi semasa anda membeli perisian ini.
Kemudian paparan seperti di bawah ini pula akan dipaparkan.
Perisian penterjemah ini sudah bersedia untuk digunakan. Taip sebarang teks dalam Bahasa Malaysia dan tekan butang
yang terletak di atas.
Tetingkap seperti di bawah akan dipaparkan semasa proses terjemahan berjalan.
Setelah proses terjemahan selesai, hasil terjemahan dalam bahasa English akan dipaparkan di tetingkap yang baru seperti di bawah. Tetingkap baru ini akan diletakkan secara bersebelahan untuk memudahkan anda melihat ketepatan terjemahan yang dihasilkan.
Anda boleh terus menyunting (edit) teks hasil terjemahan di ruangan ini. Kemudian anda boleh 'save' atau simpan suntingan teks tersebut.
Penerangan seterusnya